بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum...
Fairuz nak kongsi rahsia perwatakan diri kita melalui ciri2 fizikal.
Berikut adalah rahsia perwatakan diri kita berdasarkan bentuk fizikal, bulan kelahiran, warna dan urutan dalam keluarga.
DARI SEGI FIZIKAL
I) Bertubuh kurus - Seorang yang agak gemuruh, kelam kabut tapi agak kreatif, aktif dan pantas bergerak. Agak penakut, suka mendapat penghargaan dan belaian orang lain.
II) Bertubuh sederhana - Suka tidur dan kuat makan. Kuat bersemangatdan kurang berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu tindakan. Sensitif, mudah marah dan inginkan kesempurnaan.
III) Bertubuh gempal - Seorang yang tenang, penyayang,mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja, agak lambat ketika berfikir tetapi ingatannya tajam, sabar dan jarang marah.
DARI SEGI BULAN KELAHIRAN
Bulan 2 4 6 8 9 11 12 - kelam kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan dan sentiasa mahu cari kehebatan.
Bulan 1 3 5 7 10 12 - tenang, mudah bertolak ansur dan mudah di ajak berbincang.
Bulan 2 3 4 7 8 9 - emosi tinggi, mudah melenting dan mudah tersinggung.
DARI SEGI WARNA
Hijau - Menyukai alam sekitar, pemurah, ambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis dan banyak idea.
Hitam - Serius, tinggi Iltizam dan buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Putih - Optimis, Sabar, bersangka baik & suka kedamaian.
Merah Jambu - Penyabar, bersungguh2, punya keyakinan tinggi.
Kuning - Tahan lasak, ceria, suka berkawan.
Biru muda - Sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama & sedia bekorban untuk orang lain.
Emas / Perak - Suka kepada kejayaan.
URUTAN DALAM KELUARGA
I) Anak sulung - Cakap serupa bikin, cemerlang di rumah dan sekolah, jadi role model kat adik2, pandai pujuk dan suka kawal orang lain.
II) Anak tengah - Suka jadi pendamai, pemurah, mudah berkawan, mudah bertolak ansur.
III) Anak bongsu - Berani ambil risiko, bertolak ansur, peramah serta kreatif.
IV) Anak tunggal - Berkeyakinan tinggi, tak bergantung pada orang lain, cermat, teliti dan terperinci, bercita2 tinggi serta pemurah.
wallahualam...
Let's check it out! ;)
Sesungguhnya yang buruk tu datang dari diri saya,
&
Yang baik tu datang dari Allah SWT.
xoxo