Thursday, 2 April 2015

8 Tanda Awal Hendak Bersalin

Assalamualaikum..

Tanda-tanda awal hendak bersalin..

  • Engages
  • kerap buang air kecil
  • sakit belakang bahagian bawah
  • Braxton Hicks
  • Cirit birit 
  • Keputihan
  • Lendir pekat & pendarahan
  • Air ketuban pecah
Daripada 8 tanda2 ni.. Fairuz baru rasa 4 jer. Harap semuanya dipermudahkan Allah.
Doa Fairuz, semoga baby yang bakal keluar ni sihat sempurna, tuhan permudah urusan bersalin nanti dan kedua2 kami nanti selamat hendaknya. Aminnn (':

Masih menunggu dan terus menunggu...

Assalamualaikum..

Bila cuti rasa nak kemas rumah walaupun rumah dah kemas.hehe Kalau dapat keluar, seharian betul2 berjalan sakan. Tapi apa yang perasan akhir2 ni. Rajin pulak nak kemas rumah. Konon2 sebelum bersalin nak make sure rumah tak berada dalam suasana tongkang pecah.haha

Dan tugas yang paling best buat dari dulu ialah CUCI BILIK AIR.haha tak tau pasal pa fevret sangat buat kerja yang satu ni >.<

Hari2 ngadap beg baby yang nak bawa p hosp ni. Start packing masa 31W lagi. tu pun standby sebab takut in case terberanaks awal.huhu

Apa yang Fairuz sumbat dalam beg ni? Semua refer dalam internet jer hosp checklist.hihi
Fairuz bawa ni:-

  • 1 bag / 28 keping pampers newborn
  • 6 pasang baju bayi ( ikut korang laa nak bawak berapa helai)
  • 1 paket baby wipes/wet tissue
  • 1 helai towel mandi
  • napkin
  • mitten and boots
  • topi
  • barut baby
  • bedung baby
  • toiletries
  • Surah Yasin 
Untuk bag mak dia pulak:-
  • pakaian
  • nursing bra
  • nursing pad
  • maternity panty
  • sanitary pad
  • baju sejuk
  • stokin
  • kain batik
  • toiletries (berus gigi, ubat gigi, shower gel, shampoo, baby oil)
  • towel
  • sikat
  • sandal
  • dan lasttt sekali jangan lupa kad rawatan bulanan.hihi

Happy 3rd trimester!

Assalamualaikum. Hyeeee :)


Hello 3rd trimester.hehe

Lambat pulak updatenye. hihi dan terasa sangat cepat pula masa berlalu.

Dan apabila telah masuk ke fasa yang terakhir ni.. Nafsu makan amatlah membuak-buak.haha (gelak jahat) Cover balik time mula2 dulu yang dok alah teruk tu.hehe Sementara boleh. Lepas bersalin ni tak boleh dah. Kena pantang macam-macam kann.

Setel sesi mendobi baju-baju baby...

Assalamualaikum..

Selamat hari Jumaat.hehe Sebenarnya nak bagi tahu kita dah start mendobi baju-baju baby. Kakak kita yang tolongkan.  Penyediaan barang-barang baby semua dah lengkap. Tinggal beberapa hari jer lagi.huhu Takut pun ada jugak.Mana la nak nak tahu kalau-kalau baby ditakdirkannak keluar awal.hihi 
 Tapi harap-harap baby keluar seperti tarikh yang ditetapkan la  :-)

Lagi satu, seelok-eloknya, baju-baju baby ni atau apa-apa jenis pakaian daripada material kain, cuci lah dulu. Takkan nak bagi baby pakai baju yang keras kejong tu. Lagipun kulit baby kan lembut.  Takut sensitif @ alergic dengan pakaian yang tak dibasuh tu. Kulit baby bukan macam kita.

Review tentang detergent pula. Fairuz beli dan pakai jenis Pureen ABD. Detergent Pureen ni memang wangi. Masa cuci memang bau wangi sangattttt ok! Tak tipu! Rasa macam nak cuci baju2 sendiri sekali.haha Guna 1 penutup pun dah banyak buih.

Haa tu jer lahhh cerita yang nak di kongsikan untuk entry kali ni. Sambung nanti. hee

Terima kasih sudi baca (: