Assalamualaikum..
Selamat hari Jumaat.hehe Sebenarnya nak bagi tahu kita dah start mendobi baju-baju baby. Kakak kita yang tolongkan. Penyediaan barang-barang baby semua dah lengkap. Tinggal beberapa hari jer lagi.huhu Takut pun ada jugak.Mana la nak nak tahu kalau-kalau baby ditakdirkannak keluar awal.hihi
Tapi harap-harap baby keluar seperti tarikh yang ditetapkan la :-)
Lagi satu, seelok-eloknya, baju-baju baby ni atau apa-apa jenis pakaian daripada material kain, cuci lah dulu. Takkan nak bagi baby pakai baju yang keras kejong tu. Lagipun kulit baby kan lembut. Takut sensitif @ alergic dengan pakaian yang tak dibasuh tu. Kulit baby bukan macam kita.
Review tentang detergent pula. Fairuz beli dan pakai jenis Pureen ABD. Detergent Pureen ni memang wangi. Masa cuci memang bau wangi sangattttt ok! Tak tipu! Rasa macam nak cuci baju2 sendiri sekali.haha Guna 1 penutup pun dah banyak buih.
Haa tu jer lahhh cerita yang nak di kongsikan untuk entry kali ni. Sambung nanti. hee
Terima kasih sudi baca (:
No comments:
Post a Comment