Monday, 23 March 2015

Senarai barang keperluan bayi..

Baby [PAKAIAN] 
1- Baju harian @ siang-baju seluar pendek dan lengan pendek..baju lubang2..
2- Baju malam @ tidur-baju malam beli lengan panjang dan seluar panjang
3- Romper dan Jumpsuit- yang ni banyak helai.hehe
4- Baju jalan2
5-Mittens & Booties-yang ni kalau boleh beli lebih sikit sebab baby baru lahir ni kena pakai byk sarung tangan dengan stokin kaki. 
6- Bonnet @ topi
7-Sapu Tangan- beli yg 100% cotton supaya kulit baby tak melecet..
8- Bib- kena beli sebab ni salah satu keperluan jugak kot. .
9- Barut-yang ni penting untuk baby.
10- Bedung- haaa yang ni haruss beli! haha. taktaulah kenapa, maybe sebab rasa comel sangat. Harap2 nanti baby nak laa kena bedung.



Diapering


1-Napkin- dah brand Anakku. beli 1 pack je, kalau guna pon mungkin untuk bedungkan baby je atau sebagai backup.

2-Diapers @ Lampin pakai buang- setakat ni dah beli. Brand Drypers
3-Wet Tissue- yang ni kena beli banyak. Sebab orang kata baby kerap poo poo.hehe
4-Changing mat- untuk lapik kat tilam baby supaye tilam tak mudah kotor biler baby u'uk atau tetiber terkencing mase bukak baju dia.

5-Baldi dan bakul untuk Lampin/baju kotor
6-Detergent khas pencuci baju

Baby Care dan Grooming

1-Bedak Bayi 
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil) -jenama Johnson&Johnson 
4-Putik Kapas (Cotton Bud) 
5-Pengepit Kuku (Nail Clipper) - beli khas kecik tuk baby..
6-Minyak Telon-nak beli minyak yuu yee sebelum ni..tapi ade dengar minyak tu tak halal..biler kite was was kite tak ley guna..jadi nak beli brand Anugerah
7-cotton ball
8-Nappy Cream-beli kot2 montot baby nanti tak sesuai pakai diapers dan tumbuh ruam

Nursering [keperluan tidur baby]

1-Set Tilam-yang ni dah beli awal2 lagi. Tiba-tiba rezeki baby cousin kita sponsor set tilam baby kekabu original. Besttt!
2-Baby Cot-tak beli lagi sebab mama cakap cucu keluar baru beli.Yeayyy! dah survey and dah ada yang berkenan di hati :'D
3-Kelambu[mosquito net- haa. Ni siap ada dua lagi. Satu beli, satu lagi kawan husb bagi


Feeding

1-Botol dan puting susu saiz S – dah beli 2 set newborn. Brand Avent. Satu untuk rumah ngasuh, satu lagi untuk kegunaan kat rumah sendiri.
2-Bottle Sterilizer
3-Berus Pembersih Botol
4- Penyepit Botol

5- Nipple Cream
6-Nursing Pad Washable
7- Nursing Pad Disposal
8-Breast Pump
beli dah. Kita beli hat manual dulu. Tak best kalau kita beli yang lain.haha 
9-Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel] 
10- Nursing Pillow- yang ni dah beli masa kandungan 3 bulan aritu sebab keperluan tiap-tiap malam nak tido lapik bawah perut dengan bahagian pinggang. So nanti baby dah keluar boleh lah guna balik time nak breastfeed baby.
11-Nursing Bra
12-Termos




Travel

1-Beg Baby
2-Baby Warmer for Bottle
-warmer ni penting tuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais.ade orang suker rendam pakai air suam jer..
3-Baby carier
4-Stroller- yang ni baby tak keluar lagi, dah ada orang janji nak sponsor.yeayyy!. 
5-Nursing cover-senang kalau kene BF kat public.boleh cover.
6-Car seat

Bathing


1 Tuala baby
2 Besen Mandi[Bath Tub

3 Toiletries set

Keperluan berpantang 

1 Set jamu
2 Tungku 
3 Tuam/tungku baby-ramai yang cadangkan beli tungku atau tuam baby ni untuk kembung perut
4 Baju sejuk
5 Kain batik-mama awal2 lagi dah kasi sebab mama ialah peminat tegar kain batik! haha. 
6 Stokin
7 Nursing bra
8 Maternity Pad
9 Tuala mandi
10 Breast pad
11 Tukang urut
12 Bengkung
13 Air Zam-zam selusuh


Extra


1 Penyangkut Baju Berklip
2 Mainan baby
3 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
4 Hanger
5 Almari laci baby-untuk pakaian dan keperluan baby

Wednesday, 11 March 2015

Apa yang saya makan dan minum semasa mengandung?

Assalamualaikum w.b.t

Untuk entry kali ni nak kongsi pengalaman mengandung.. apa yang Fairuz amalkan makan dan minum sepanjang mengandung ni.tehee

1. Air Anugerah

Jadi jer alahan dulu air ni la yang first mama beli bagi.huhu Alhamdulillah la sampai sekarang pon dok minum lagi (:

2. Air Zam Zam

3. Air Kelapa Muda

Air kelapa muda ni favourite. Orang penang ni panggil 'ayaq nyok' 
Banyak khasiat ni. Esok ni baby keluar kulit elok jer.hihi

4. Air Soya
Air soya ni Fairuz memang tak minum yang dalam kotak punya. Kita beli yang fresh orang jual kat tepi2 jalan tu. Kat Penang ni femes dengan 'Nasir Soya'. Hat panass jer yer, yang sejuk atau ber'ais' tak hadap.huhu

5. Susu Segar


Susu segar pulak dari kecil sampai la sekarang dah beso panjang dan dah kawen pon still loyal dengan brand ni.hikhikhik

6. Fresh Orange


Haa sebotol besar ni memang tak sampai seminggu pon tak cukup. Sedap wei.

7. Kismis Anugerah

Semua orang memang dah tersedia tahu khasiat kismis ni. So amalkan lah sepanjang masa. Tak kira la time mengandung ker tak. Nak sihat, nak anak bijok kan? makan la.haha

8. Kacang Pistachios

Hoih! Hat ni tak payah habaq la. Pakat dok berebut2 dengan Encik Suami. Orang melayu panggil kacang CERDIKKK! (:

9. Buah Delima


Yang ni cukup punya suka la. Ralit makan buah ni. Khasiat pon bagus.

10. Buah-buahan

Buah-buahan ni memang wajib. Hari2 nanti dok p cari beli. Kalau tak dapat lunch time. Malam nanti dok p cari kat Padang Kota tak pun Gurney drive.hihi Gigih.

Sekian.
Terima kasih sudi baca (:

Cara mengetahui jantina bayi yang dikandung laki atau perempuan?

Assalamualaikum w.b.t

Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.


Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.


  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.

  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.


Happy tummy

Assalamualaikum w.b.t

Cerita pengalaman sendiri semasa mengandung.. Alhamdulillah berjaya melepasi saat2 kritikal 1st trimester yang lepas.haha? Dugaan sangat banyak. 
Muntah2, loya, kurang selera makan tu normal. Mula start alahan masa 8 weeks macam tu la. Sekelip mata nikmat makan ditarik sementara.huhu
Time tu punya la malas nak masak bukan sebab apa. badan ni asyik rasa letih ja. Padahal tak buat kerja berat-berat pun.

Tapi Alhamdulillah bila dah masok 2nd trimester selera makan macam dah okay sikit. Muntah2, loya tu still ada tapi kurang la. Nak tak nak kena la hadapi semua ni dan kuat demi anak yang dikandung.hehe

Start 5 bulan Fairuz dah boleh rasa pergerakan baby dalam kandungan ni (: Pejam celik pejam celik sekejap jer... Masa check up setiap bulan doc selalu cakap baby aktif suka lonjak2 (lompat2)  sampaikan susah nak dapatkan measure dan berat badan dia yang tepat. SubhanaAllah.. anak Oo anak. Sempat jugak masa scan nampak baby menguap. Alololo comel. Macam nak geget.hihi

Doakan kesihatan Faiuz dengan baby k! Muahxxx



Thursday, 5 March 2015

Dunia baru .. bersama orang ketiga

                                                     Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah diberi peluang untuk untuk post untuk entry baru ni.hehe Walaupun dah lama tak update. Seperti yang semua orang tahu berkahwin pada usia yang muda adalah satu pengalaman yang sangat manis tambahan diberi peluang hidup bersama orang yang kita cintai dan dalam masa yang sama merasa diri dicintai. cewahhh (:

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan cahaya mata sendiri.

Dan pada suatu hari, tepat saja 7 bulan selepas kami berkahwin. Kami dikhabarkan dengan berita gembira tentang kehadiran si kecil. Tuhan saja yang tahu perasaan kami suami isteri pada masa tu. Syukur.. sebak rasa. Kami sama-sama menagis dan terus tersenyum.


Ni gambar masa 2nd time p scan hari tu (':

Tiny dot kantung baby saya. Masa ni usia dia baru cecah 7Weeks dan masih terlau awal lagi. Syukur Alhamdulillah..

The next scan...


Cepatnya baby membesar. Kuasa tuhan kan.
Sekian..
Hanya entry kegembiraan ysng boleh saya kongsikan.
Doakan kami ye (:

Terima kasih sudi baca.