Wednesday, 11 March 2015

Apa yang saya makan dan minum semasa mengandung?

Assalamualaikum w.b.t

Untuk entry kali ni nak kongsi pengalaman mengandung.. apa yang Fairuz amalkan makan dan minum sepanjang mengandung ni.tehee

1. Air Anugerah

Jadi jer alahan dulu air ni la yang first mama beli bagi.huhu Alhamdulillah la sampai sekarang pon dok minum lagi (:

2. Air Zam Zam

3. Air Kelapa Muda

Air kelapa muda ni favourite. Orang penang ni panggil 'ayaq nyok' 
Banyak khasiat ni. Esok ni baby keluar kulit elok jer.hihi

4. Air Soya
Air soya ni Fairuz memang tak minum yang dalam kotak punya. Kita beli yang fresh orang jual kat tepi2 jalan tu. Kat Penang ni femes dengan 'Nasir Soya'. Hat panass jer yer, yang sejuk atau ber'ais' tak hadap.huhu

5. Susu Segar


Susu segar pulak dari kecil sampai la sekarang dah beso panjang dan dah kawen pon still loyal dengan brand ni.hikhikhik

6. Fresh Orange


Haa sebotol besar ni memang tak sampai seminggu pon tak cukup. Sedap wei.

7. Kismis Anugerah

Semua orang memang dah tersedia tahu khasiat kismis ni. So amalkan lah sepanjang masa. Tak kira la time mengandung ker tak. Nak sihat, nak anak bijok kan? makan la.haha

8. Kacang Pistachios

Hoih! Hat ni tak payah habaq la. Pakat dok berebut2 dengan Encik Suami. Orang melayu panggil kacang CERDIKKK! (:

9. Buah Delima


Yang ni cukup punya suka la. Ralit makan buah ni. Khasiat pon bagus.

10. Buah-buahan

Buah-buahan ni memang wajib. Hari2 nanti dok p cari beli. Kalau tak dapat lunch time. Malam nanti dok p cari kat Padang Kota tak pun Gurney drive.hihi Gigih.

Sekian.
Terima kasih sudi baca (:

No comments:

Post a Comment