Wednesday, 11 March 2015

Happy tummy

Assalamualaikum w.b.t

Cerita pengalaman sendiri semasa mengandung.. Alhamdulillah berjaya melepasi saat2 kritikal 1st trimester yang lepas.haha? Dugaan sangat banyak. 
Muntah2, loya, kurang selera makan tu normal. Mula start alahan masa 8 weeks macam tu la. Sekelip mata nikmat makan ditarik sementara.huhu
Time tu punya la malas nak masak bukan sebab apa. badan ni asyik rasa letih ja. Padahal tak buat kerja berat-berat pun.

Tapi Alhamdulillah bila dah masok 2nd trimester selera makan macam dah okay sikit. Muntah2, loya tu still ada tapi kurang la. Nak tak nak kena la hadapi semua ni dan kuat demi anak yang dikandung.hehe

Start 5 bulan Fairuz dah boleh rasa pergerakan baby dalam kandungan ni (: Pejam celik pejam celik sekejap jer... Masa check up setiap bulan doc selalu cakap baby aktif suka lonjak2 (lompat2)  sampaikan susah nak dapatkan measure dan berat badan dia yang tepat. SubhanaAllah.. anak Oo anak. Sempat jugak masa scan nampak baby menguap. Alololo comel. Macam nak geget.hihi

Doakan kesihatan Faiuz dengan baby k! Muahxxx



No comments:

Post a Comment