Monday, 20 October 2014

Kebijaksanaan Yahudi menipu kita orang Islam!

Assalamualaikum

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad S.A.W. Mengapa kita tak ikut nabi kita? Kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yang nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah kamu supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

Antara "barangan mereka" yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahwa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya  makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dinuetralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolestrol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolestrol.

4. Kita diajar bahawa makanan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnay McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolestrolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ini juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus. pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi. Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan wanita. Selain itu juga, soya juga dapat meningkatkan risiko kanser payudara, ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen kat wanita. Lepas tu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terima.


Thursday, 16 October 2014

Tazkirah di Ikim.fm

Assalamualaikum

Wanita yang TIDAK BERKAHWIN & pasangan suami isteri yang tidak DIKURNIAKAN ANAK, Rasulullah S.A.W sudah menanti mereka2 ini di pintu syurga.

Allahuakhbar.. 2 golongan ini seringkali diperli, disinis, dipandang rendah oleh masyarakat kita. Tapi tahu tak kita yang 2 golongan ini bakal mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.. Jangan sesekali kita memandang rendah pada mereka. Kerana mereka adalah hamba-hamba yang terpilih untuk menghadapi dugaan dan ujian. Itu bahagian mereka.. Bahagian kita pula?

Mungkin ramai yang rasa bangga dapat melahirkan ramai anak. Kadang tak terfikir pun perasaan orang sekelililng yang masih belum dikurniakan anak. Ada ibu bapa yang siap lagi membandingkan anak menantu. Janganlah kita berbuat begitu. Mereka juga punya hati dan perasaan. Segala JODOH, REZEKI, AJAL, MAUT, ANAK semuanya ditentukan oleh Allah. Bukan manusia biasa macam kita ni. Jangan kita sebarangan nak jatuhkan hukum. Kita tak tahu usaha mereka ni macam mana. Mungkin dah berpuluh ribu keluarkan duit jumpa pakar, dah makan macam-macam supplement, dah berurut. Tetapi rezeki masih tak berpihak pada mereka.

Terima kasih sudi baca :)

Friday, 10 October 2014

Doa semasa hamil

Assalamualaikum

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah didalam hatinya iman kepada  Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Tuhan semesta alam.

Terima kasih sudi baca J

Thursday, 9 October 2014

BUNCIT LAMBANG LELAKI SEBENAR

Assalamualaikum

Tahukah anda..
Hampir 92% lelaki yang berkahwin
akan boroi dalam 2 tahun perkahwinan.  

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 
89% kes penceraian berlaku kepada suami
yang six pax dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yang melibatkan
suami boroi yang hanya sekadar 19% kes penceraian.
Namun itulah hakikatnya.

Beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi
dan menurut kajian lagi, lelaki boroi
lebih penyayang dan berfikiran jauh.

Sesungguhnya jodoh, ajal maut itu ditangan TUHAN. 

Terima kasih sudi baca J

Harap kita tidak terlupa..

Assalamualaikum

Ada SUAMI yang lupa bahawa
IBU lebih UTAMA dari isteri

Ada ISTERI yang lupa bahawa SUAMI
lebih utama dari IBUBAPA KANDUNGnya

Ada IBUBAPA yang lupa bahawa anak
PEREMPUAN nya perlu UTAMA kan SUAMI lebih dari mereka

Ada ISTERI yang lupa bahawa SUAMI nya perlu
UTAMAKN ibu suami nya lebih dari nya

#harapkitatidakterlupa


Terima kasih sudi baca J

Ganjaran buat isteri..

Assalamualaikum

"Sekali suami minum air yang disediakan oleh 
isterinya adalah lebih baik 
dari isteri itu berpuasa setahun."

"Makanan yang disediakan oleh isteri kepada 
suaminya lebih baik dari isteri itu 
mengerjakan haji dan umrah."

"Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya 
lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor 
kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin."

"Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai syahid &
khidmat kepada suaminya sebagai jihad."

Terima kasih sudi baca J

TAHUKAH ANDA..?

Assalamualaikum

TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu."

Riwayat Attabarani dengan sanad yang solih. Dikategorikan oleh Al-Albani sebagai sahih dalam kitabnya:

"Wahai, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud.. panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda. Jangan terlepas ganjaran ini."


Terima kasih sudi baca J

TAZKIRAH : Jika tiada rezeki..

Assalamualaikum

Jika tiada rezeki anak,
Mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

----------------------

Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan dari menjaga harta dunia.

----------------------

Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

----------------------

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

----------------------

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
Dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

----------------------

Jika kita tiada rezeki jodoh,
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

----------------------

Jika tida rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada hari esok.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

----------------------

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.
Sesungguhnya bersyukur dengan apa adanya.


Terima kasih sudi baca J

Untuk tatapan seorang yang bergelar suami dan isteri...

Assalamualaikum

SUAMI
    1)   Bilakah kali terakhir mandi bersama?
    2)   Bilakah kali terakhir Solat Berjemaah bersama?
    3)   Bilakah kali terakhir mengaji Al-Quran bersama isteri?
    4)   Bilakah kali terakhir memeluk isteri dari belakang sewaktu isteri membuat kerja rumah?
    5)   Bilakah kali terakhir menyuap isteri makan?
    6)   Bilakah kali terakhir mengusap belakang isteri? 
    7)   Bilakah kali terakhir memegang tangan isteri? 
    8)   Bilakah kali terakhir mengucapakan I Miss You pada isteri?
    9)   Bilakah kali terakhir memberi hadiah?

     
ISTERI
1)   Bilakah kali terakhir “iron” baju suami tanpa diminta suami?
2)   Bilakah kali terakhir mengurut kaki suami tanpa permintaannya?
3)   Bilakah kali terakhir makan bekasan suami?
4)   Bilakah kali terakhir memicit bahu suami tatkala suami sedang menonton televisyen?
5)   Bilakah kali terakhir memohon maaf kepada suami walaupun tidak buat salah?6)   Bilakah kali terakhir memandang wajah dan mata suami dengan senyuman manis?
7)   Bilakah kali terakhir mengucapkan I Love You pada suami?
8)   Bilakah kali terakhir menerima hadiah dari suami?
9)   Bilakah kali terakhir meng’Aamiin’kan doa yang keluar dari mulut suami?

Kalian yang membaca boleh menilai persoalan tersebut kepada diri sendiri...

Ketahuilah bahawa, belaian dan usapan suami pada belikat dan ubun-ubun isteri dengan penuh kasih sayang walau sekejap, akan menghilangkan tekanan mereka selama mana sebelum belaian atau usapan itu dilakukan.

Fahamilah, urutan lembut pada kaki suami oleh isteri, biarpun sebentar saja, akan membuatkan suami hilang segala beban yang dipikul seharian bekerja.
Sebagai suami isteri, kedua-dua belah pihak perlu memahami psikologi serta jiwa masing-masing.

Kepada suami,

Ayuh cuba contohi cara Sayyidina Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam menyantuni isteri-isteri baginda Al Mustofa Sallallahu Alaihi Wassalam.

Kepada isteri,

Cuba sebaik mungkin mencontohi akhlak Sayyiditina Khadijah Al Kubra dalam melayani Sayyidina Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam. InShaaAllah bahagia rumah tangga.

Jangan terlalu mengikat diri dengan perihal mistik sehingga terlepas pandang pada perkara yang lebih realistik.


Terima kasih sudi baca J

Pesanan Buat Suami – Oleh Dato’ Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum

    

     1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja        dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2       2.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa      yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu      otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan        bijak serta prihatin.

3.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/ cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari mak anda.

4.Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6.Jangan sekali-kali duduk tersandar bepan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja , buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan lauk sedikit untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal Cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8.Kalau nak ajak member datang bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak berselerak dan isteri Cuma masak mi maggi saja.

9.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11.Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letak dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau diaperlukan bantuan anda dengan kerja rumah/ menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila tetamu ada di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahudihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main-main lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak suka sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secra baik, jangan asyik nak menengking ja. Kalau awak sakit nak mati nanti, sapa yang kena jaga awak? Mamak jual roti? Apek jual sayur?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatukeputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau keputusan isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu juga isteri masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmornian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat don’t know kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati seorang perempuan ni sensitif. Kalau mereka rasa suami ni tak ambil kisah, perasaannya bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh jadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ini enteng sahaja.

Allah S.W.T berfirman, “ Dan ketahuilah bahawasanay Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan dengan Tuhan.”


Terima kasih sudi baca J

Wednesday, 8 October 2014

Tazkirah : ADAB Suami Isteri dalam Hal Rezeki

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum

Seperti yang kita semua sedia maklum dalam hal rezeki pun ada adab-adabnya. antaranya ialah...

Doakanlah kepada SUAMI PUAN : 

"Ya Allah.. permudahkanlah pekerjaan suami ku dalam pencarian rezekinya untuk memberi nafkah kami."

Manakala suami juga haruslah berdoa kepada ISTERI TUAN :

"Ya Allah.. tenangkan dan damaikanlah hati isteriku dalam menerima kadar kemampuanku dalam memberi nafkah kepadanya dan keluargaku."

Maka dengan ini bersama-samalah kita berdoa supaya diberkati rezeki yang diperolehi untuk kebajikan hidup bersama.

Terima kasih sudi baca :)