Assalamualaikum
1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2 2.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri
dengan bijak serta prihatin.
3.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/ cara menghias isteri anda lebih
baik dan canggih dari mak anda.
4.Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari
awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak
sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6.Jangan sekali-kali duduk tersandar bepan TV atau relax-relax sedangkan
isteri bila balik dari kerja , buka saja kasut terus masuk dapur, memasak,
mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati
isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas
tangan.
7.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan lauk sedikit untuk isteri.
Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal Cuma ekor ikan sekerat,
janggut sotong dan ekor taugeh.
8.Kalau nak ajak member datang bertandang ke rumah, beritahu isteri
dulu, kalau boleh sehari dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau
tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat
dilipat, permainan anak berselerak dan isteri Cuma masak mi maggi saja.
9.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin
sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control
kentut?
11.Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main
wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka
walaupun secara bergurau.
12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin
suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letak dalam bakul
baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna
ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik
ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak
kena ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau diaperlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/ menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk
rajin bila tetamu ada di rumah saja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahudihormati. Isteri pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar
belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main-main lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa
isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18.Kalau tak suka sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secra baik,
jangan asyik nak menengking ja. Kalau awak sakit nak mati nanti, sapa yang kena
jaga awak? Mamak jual roti? Apek jual sayur?
19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatukeputusan dibuat. Walaupun
suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau keputusan isteri diambil kira.
Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan
ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang
dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan
isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu juga isteri masuk
neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA
tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan
rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmornian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat
baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
23. Jangan buat don’t know kalau isteri merajuk atau berkecil hati.
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati seorang
perempuan ni sensitif. Kalau mereka rasa suami ni tak ambil kisah, perasaannya
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh jadi kanser
kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah
dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ini enteng sahaja.
Allah S.W.T berfirman, “ Dan ketahuilah bahawasanay Allah mengetahui apa
yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan dengan Tuhan.”
Terima kasih sudi baca J
No comments:
Post a Comment