Assalamualaikum
Wanita yang TIDAK BERKAHWIN & pasangan suami isteri yang tidak DIKURNIAKAN ANAK, Rasulullah S.A.W sudah menanti mereka2 ini di pintu syurga.
Allahuakhbar.. 2 golongan ini seringkali diperli, disinis, dipandang rendah oleh masyarakat kita. Tapi tahu tak kita yang 2 golongan ini bakal mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.. Jangan sesekali kita memandang rendah pada mereka. Kerana mereka adalah hamba-hamba yang terpilih untuk menghadapi dugaan dan ujian. Itu bahagian mereka.. Bahagian kita pula?
Mungkin ramai yang rasa bangga dapat melahirkan ramai anak. Kadang tak terfikir pun perasaan orang sekelililng yang masih belum dikurniakan anak. Ada ibu bapa yang siap lagi membandingkan anak menantu. Janganlah kita berbuat begitu. Mereka juga punya hati dan perasaan. Segala JODOH, REZEKI, AJAL, MAUT, ANAK semuanya ditentukan oleh Allah. Bukan manusia biasa macam kita ni. Jangan kita sebarangan nak jatuhkan hukum. Kita tak tahu usaha mereka ni macam mana. Mungkin dah berpuluh ribu keluarkan duit jumpa pakar, dah makan macam-macam supplement, dah berurut. Tetapi rezeki masih tak berpihak pada mereka.
Terima kasih sudi baca :)
No comments:
Post a Comment