Thursday, 9 October 2014

Untuk tatapan seorang yang bergelar suami dan isteri...

Assalamualaikum

SUAMI
    1)   Bilakah kali terakhir mandi bersama?
    2)   Bilakah kali terakhir Solat Berjemaah bersama?
    3)   Bilakah kali terakhir mengaji Al-Quran bersama isteri?
    4)   Bilakah kali terakhir memeluk isteri dari belakang sewaktu isteri membuat kerja rumah?
    5)   Bilakah kali terakhir menyuap isteri makan?
    6)   Bilakah kali terakhir mengusap belakang isteri? 
    7)   Bilakah kali terakhir memegang tangan isteri? 
    8)   Bilakah kali terakhir mengucapakan I Miss You pada isteri?
    9)   Bilakah kali terakhir memberi hadiah?

     
ISTERI
1)   Bilakah kali terakhir “iron” baju suami tanpa diminta suami?
2)   Bilakah kali terakhir mengurut kaki suami tanpa permintaannya?
3)   Bilakah kali terakhir makan bekasan suami?
4)   Bilakah kali terakhir memicit bahu suami tatkala suami sedang menonton televisyen?
5)   Bilakah kali terakhir memohon maaf kepada suami walaupun tidak buat salah?6)   Bilakah kali terakhir memandang wajah dan mata suami dengan senyuman manis?
7)   Bilakah kali terakhir mengucapkan I Love You pada suami?
8)   Bilakah kali terakhir menerima hadiah dari suami?
9)   Bilakah kali terakhir meng’Aamiin’kan doa yang keluar dari mulut suami?

Kalian yang membaca boleh menilai persoalan tersebut kepada diri sendiri...

Ketahuilah bahawa, belaian dan usapan suami pada belikat dan ubun-ubun isteri dengan penuh kasih sayang walau sekejap, akan menghilangkan tekanan mereka selama mana sebelum belaian atau usapan itu dilakukan.

Fahamilah, urutan lembut pada kaki suami oleh isteri, biarpun sebentar saja, akan membuatkan suami hilang segala beban yang dipikul seharian bekerja.
Sebagai suami isteri, kedua-dua belah pihak perlu memahami psikologi serta jiwa masing-masing.

Kepada suami,

Ayuh cuba contohi cara Sayyidina Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam menyantuni isteri-isteri baginda Al Mustofa Sallallahu Alaihi Wassalam.

Kepada isteri,

Cuba sebaik mungkin mencontohi akhlak Sayyiditina Khadijah Al Kubra dalam melayani Sayyidina Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam. InShaaAllah bahagia rumah tangga.

Jangan terlalu mengikat diri dengan perihal mistik sehingga terlepas pandang pada perkara yang lebih realistik.


Terima kasih sudi baca J

No comments:

Post a Comment