Assalamualaikum
Jika tiada rezeki anak,
Mungkin diberikan rezeki
mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia
dari mendapat anak yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang
ringgit,
Mungkin diberikan rezeki
kesihatan.
Maka kita lebih bahagia
dari kerisauan dari menjaga harta dunia.
----------------------
Jika tiada rezeki kereta
mewah,
Mungkin diberikan rezeki
kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia
dari membayar kerosakan yang mahal.
----------------------
Jika tiada rezeki rumah
yang besar,
Mungkin diberikan rezeki
makanan yang tidak putus.
Maka kita lebih bahagia
dari si gelandangan.
----------------------
Jika tiada rezeki
pasangan yang cantik,
Mungkin diberikan rezeki
pasangan yang baik
Dan pandai menguruskan
rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia
kerana hidup berteman dan terjaga segala.
----------------------
Jika kita tiada rezeki
jodoh,
Mungkin diberikan rezeki
umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia
dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
----------------------
Jika tida rezeki hari
ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada
hari esok.
Maka kita lebih bahagia
kerana rezeki yang tidak dijangka.
----------------------
Bersabar. Bersyukur.
Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang
Maha Adil.
Sesungguhnya bersyukur
dengan apa adanya.
Terima kasih sudi baca J
No comments:
Post a Comment